Posted on Leave a comment

5 MITOS MENGENAI PEMBERSIH KEWANITAAN

[et_pb_section bb_built=”1″][et_pb_row][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text _builder_version=”3.0.86″ background_layout=”light”]

Jika anda berasa ragu-ragu untuk menggunakan pembersih kewanitaan kerana mitos yang telah tersebar, baca artikel ini di mana kami menyangkal mitos dan tanggapan yang salah mengenai pembersih kewanitaan. Sebelum itu, anda harus tahu bahawa terdapat perbezaan di antara membersihkan vulva (bahagian luar kemaluan) dan faraj (sistem pembiakan di dalam badan anda, ke arah uterus).

Pembersih kewanitaan dicipta khusus untuk membersihkan vulva, dan tiada sebab untuk anda membersihkan faraj anda. Faraj mempunyai kebolehan untuk membersihkannya sendiri dengan perolehan sel yang tetap dan tahap pH yang selaras.

Mitos #1: Anda hanya perlukan air dan sabun mandian untuk membersihkan bahagian intim.

Tidak semua sabun mandian selamat dan sesuai digunakan kerana ianya mengandungi wangian. Apabila menggunakan sabun mandian untuk membersihkan vulva anda, keseimbangan yang sihat di antara bakteria dan tahap pH mungkin terjejas yang akan mengakibatkan kegatalan, bau yang tidak menyenangkan dan keputihan. Dengan pengunaan produk yang khusus seperti Pembersih Kewanitaan SUMBER AYU dengan ekstrak Daun Sirih, ianya dapat memelihara kawasan intim anda dengan melindungi dan menghalang bahagian intim wanita dari sebarang ketidakselesaan akibat kegatalan dan mengurangkan bau yang tidak menyenangkan.

 

Mitos #2: Semua produk pembersih kewanitaan adalah sama.

Apabila anda memilih produk pembersih kewanitaan, sebaik-baiknya anda pilih yang tidak mengandungi wangian dan bahan-bahan perengsa seperti SLS, paraben dan pewarna. Kami mengesyorkan Pembersih Kewanitaan SUMBER AYU yang tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh membahayakan bahagian intim anda.

 

Mitos #3: Anda tidak boleh menggunakan pembersih kewanitaan setiap hari.

Ianya bergantung kepada produk pembersih kewanitaan yang anda gunakan. Elakkan membasuh bahagian intim anda terlalu kerap, sekali atau dua kali sehari sudah mencukupi. Pembersih Kewanitaan SUMBER AYU diformulasikan dengan bahan-bahan yang khusus untuk bahagian intim anda dan diuji oleh pakar dermatologi, menjadikannya sesuai untuk digunakan setiap hari.

 

Mitos #4: Pembersih kewanitaan menyebabkan jangkitan seperti UTI.

Sebab paling biasa untuk anda mendapat jangkitan saluran kencing (UTI) adalah apabila bakteria dipindahkan apabila anda mengelap dari belakang ke hadapan bahagian intim anda ketika di bilik air atau apabila anda menahan kencing.

 

Mitos #5: Produk pembersih kewanitaan tidak boleh digunakan ketika datang haid.

Bahagian intim anda memerlukan perhatian dan penjagaan yang paling rapi ketika datang haid. Ianya adalah masa yang paling baik untuk menggunakan pembersih kewanitaan. Pembersih Kewanitaan SUMBER AYU dengan ekstrak Daun Sirih dapat melindungi dan menghalang bahagian intim wanita dari sebarang ketidakselesaan dan mengurangkan bau yang tidak menyenangkan semasa haid. Jangan lupa untuk menggantikan tuala wanita dengan kerap ketika anda datang haid.

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Posted on Leave a comment

BAGAIMANA MENJAGA KESIHATAN FARAJ/MISS V ANDA DI USIA 20AN, 30AN, 40AN DAN 50AN

[et_pb_section bb_built=”1″][et_pb_row][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text _builder_version=”3.0.86″ background_layout=”light”]

Apabila usia anda meningkat, tubuh badan anda juga melalui pelbagai perubahan. Ini termasuk bahagian intim anda – bahagian faraj atau Miss V. Dengan mengetahui apakah perubahan tersebut, ianya dapat membantu anda menjaga bahagian intim anda dengan lebih teliti.

Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana bahagian faraj anda berubah sepanjang hidup anda dan bagaimana untuk memastikan ianya kekal sihat.

Faraj di usia 20an: Helo Faraj/Miss V!

  1. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar sakit puan untuk melakukan ujian rutin pelvis dan Pap Smear (sekurang-kurangnya sekali setahun) untuk memeriksa serviks dan faraj anda serta mengetahui kesihatan rahim anda.
  2. Bersihkan bahagian faraj anda dengan produk semulajadi, jauhkan dari menggunakan produk yang meletakkan terlalu banyak wangian di dalamnya. Sumber Ayu Pembersih Kewanitaan yang diformulasikan dengan ekstrak daun sirih semula jadi bertindak sebagai anti-bakteria untuk merawat dan melindungi bahagian intim wanita. Formula pH 3.5 sesuai untuk keadaan semula jadi bahagian intim wanita.

Faraj di usia 30an: Ini Faraj Anda Yang Baru (jika anda baru sahaja bersalin)

  1. Otot pelvis anda tidak sekuat ketika anda berusia 20an, terutamanya selepas melahirkan anak. Oleh kerana otot-otot ini menyokong pundi kencing, rahim dan usus anda; masalah seperti kebolehan untuk menahan kencing boleh terjadi. Jadi, senaman Kegel boleh membantu untuk mengelakkan kerosakan semasa proses kelahiran melalui faraj serta merendahkan peluang untuk mengalami masalah pundi kencing dan usus.
  2. Jika anda sedang mengandung atau menyusu badan di usia 30an, faraj anda akan berasa kering di mana anda akan berasa sakit apabila hendak bersetubuh. Anda boleh menggunakan pelincir untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan ketika aktiviti seksual anda.

Faraj di usia 40an: Faraj yang Matang

  1. Mengandung, kelahiran melalui faraj dan berat di bahagian perut akan mulai memberi kesan kepada kekuatan otot pelvis anda. Teruskan senaman Kegel atau cuba Pilates untuk mengekalkan kekuatan otot pelvis anda.
  2. Faraj anda mungkin masih lagi kering di mana anda boleh menggunakan pelincir atau bermesraan bersama suami sebelum bersetubuh. Oleh kerana otot dan sendi anda akan mula berasa sakit-sakit apabila berumur, anda boleh mencuba pelbagai posisi seks untuk keselesaan anda.

Faraj di usia 50an dan ke atas: Penjagaan Yang Rapi

  1. Anda mungkin telah mengalami simptom menopaus, ianya telah sampai masa untuk anda berjumpa dengan pakar sakit puan untuk memeriksa kesihatan faraj anda serta kesihatan anda secara menyeluruh.
  2. Ketika menopaus, ada di kalangan anda akan mendapat jangkitan saluran kencing yang kerap. Anda boleh mengubatinya dengan mendapatkan preskripsi anitbiotik daripada pakar sakit puan anda.

Memastikan bahagian intim anda bersih dan sihat adalah asas kepada kesihatan anda secara keseluruhan. Dengan penggunaan Pembersih Kewanitaan SUMBER AYU dengan ekstrak Daun Sirih, ianya dapat memelihara kawasan intim anda dengan melindungi dan menghalang bahagian intim wanita dari sebarang ketidakselesaan akibat kegatalan, mengurangkan bau yang tidak menyenangkan semasa dan sebelum haid.

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Posted on Leave a comment

5 IDEA AKTIVITI RIADAH UNTUK MENGEKALKAN KELUARGA YANG HARMONI

[et_pb_section bb_built=”1″][et_pb_row][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_image _builder_version=”3.0.86″ src=”http://www.sumberayu.com.my/wp-content/uploads/2017/12/keluarga-harmonis-1.jpg” show_in_lightbox=”off” url_new_window=”off” use_overlay=”off” align=”center” always_center_on_mobile=”on” force_fullwidth=”off” show_bottom_space=”on” /][et_pb_text _builder_version=”3.0.86″ background_layout=”light”]

Setelah bekerja seharian, seringkali anda terlalu penat apabila pulang ke rumah dan tidak sempat meluangkan masa dengan keluarga tercinta. Suami anda juga mungkin tampak bosan dengan aktiviti hariannya. Idea-idea ini akan memberikan anda inspirasi untuk mengadakan aktiviti hari minggu yang menarik dan kenangan yang indah bagi keluarga anda:

1. Aktiviti barbeku atau masak bersama-sama
Aktiviti ini pasti sangat dinantikan oleh suami anda. Kalau anda tidak mempunyai peralatan untuk barbeku, anda boleh juga mengadakan aktiviti memasak dengan dapur mudah alih di luar rumah. Untuk memeriahkan lagi suasana, ajaklah ahli keluarga yang lain atau jiran tetangga.

2. Melawat muzium, zoo atau taman tema
Sudah lama tidak melawat tempat baru bersama keluarga? Kalau anda biasanya berkunjung ke pusat membeli-belah atau restoran pada hujung minggu, mungkin ini masanya untuk anda mengajak keluarga untuk ke tempat-tempat unik di kawasan anda. Pengalaman ini pasti akan menjadi kenangan indah bagi keluarga anda.

3. Rancangkan aktiviti yang seronok yang boleh dilakukan di dalam rumah
Tentunya keluarga anda akan rasa terhibur walaupun tidak ke luar jika aktiviti di rumah pun menyeronokkan. Keluarga anda dapat menonton filem, membakar kek kegemaran atau bermain permainan kecil-kecilan bersama-sama. Pastikan anda telah merancangkan aktiviti dengan baik agar tidak ada ahli keluarga yang bosan pada hari itu.

4. Bersantai dengan berbasikal
Berbasikal merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan untuk memupuk keluarga yang harmoni. Anda boleh mengajak keluarga anda berbasikal mengelilingi kawasan perumahan sambil menikmati udara segar di waktu pagi.

5. Berkunjung ke rumah ibu bapa atau saudara anda
Aktiviti ini sesuai jika anda dan ibu bapa atau saudara anda tinggal berjauhan. Selain menjadi pengalaman baru bagi si suami; ibu bapa atau saudara anda juga pasti akan sangat gembira dengan kunjungan keluarga anda.

Jadi, aktiviti mana yang akan anda lakukan pada hujung minggu ini? Cuba kongsikan pengalaman hujung minggu anda bersama keluarga!

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Posted on Leave a comment

KISAH KEJUTAN CINTA KETIKA MELANCONG BERSAMA

[et_pb_section bb_built=”1″][et_pb_row][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_image _builder_version=”3.0.86″ src=”http://www.sumberayu.com.my/wp-content/uploads/2017/12/tarvel-1.jpg” show_in_lightbox=”off” url_new_window=”off” use_overlay=”off” always_center_on_mobile=”on” force_fullwidth=”off” show_bottom_space=”on” /][et_pb_text _builder_version=”3.0.86″ background_layout=”light”]

Kali ini Sumber Ayu ingin berkongsi kisah cinta yang akan memberi anda inspirasi untuk melancong bersama pasangan anda. Kisah kali ini adalah mengenai sepasang suami isteri yang telah berkahwin selama 18 tahun. Anda tentu inginkan perkahwinan selama itu juga, kan? Jom ikuti kisah cinta mereka ini.

Nama-nama pihak bersangkutan telah diganti sesuai permintaan.

Perkahwinan Damia, 41 dan Arief, 44 (bukan nama sebenar) telah genap 17 tahun pada bulan Julai 2015 (can we change the year to the updated years? Or else I feel like the story is quite outdated). Damia adalah seorang surirumah yang aktif di dalam pelbagai aktiviti sukarelawan dan Arief pula bekerja sebagai pengurus cawangan di sebuah kilang perusahaan. Mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata yang berusia 13 dan 8 tahun.

Setiap hari, Damia bangun untuk solat Subuh dan terus menyediakan sarapan untuk keluarganya. Rutin ini dilakukannya tanpa rungutan penat. Suatu hari, Arief mendapat inspirasi dari salah seorang rakan sekerjanya untuk membawa Damia bercuti. Pada waktu itu, Arief ditegur rakan sepejabatnya kerana jarang membawa isterinya bercuti. Dari situ Arief mendapat idea untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka dengan mengajak isterinya pergi bercuti. Arief terus sahaja merancang percutian mereka.

Damia sudah tentu teruja dengan pelawaan Arief. Damia terus mencari destinasi untuk bercuti. Ketika Arief melihat Damia sedang leka menyelidik tentang destinasi percutian, dia terus melarang Damia untuk merancang apa-apa pun. Dia hanya mahu Damia berehat sambil menunggu waktu untuk pergi bercuti. Pada saat itu, Damia berasa kecewa namun berharap suaminya tidak akan menyakiti hatinya. Arief hanya menyuruh Damia menyediakan pakaian untuk percutian selama 5 hari 4 malam dan menasihatinya untuk “jangan bawa pakaian yang tebal.” Damia juga meminta pertolongan daripada ibunya untuk membantu menjaga anak-anaknya selama mereka pergi bercuti.

Pada hari yang dinantikan barulah Damia mengetahui bahawa destinasi percutian mereka adalah Pulau Lombok. Damia bertanya mengapa harus merahsiakan destinasinya dan Arief hanya berseloroh. Setibanya mereka di sana, Arief telah menyediakan semuanya untuk si isteri tercinta. Dari menyewa kereta, agenda percutian sehinggalah penginapan di hotel 4 bintang. Mereka beristirehat sebentar di hotel sebelum ke restoran yang dipilih oleh Arief untuk menikmati makan malam.

Restoran yang dipilih Arief mempunyai suasana romantis dan kelihatan seperti amat mahal. Damia berasa agak kecewa dengan Arief kerana tidak mengingatkannya untuk membawa pakaian yang lebih cantik. Arief mengabaikan keluhan isterinya dan terus duduk di salah satu meja dengan tanda “Reserved”. Mereka memesan makanan sambil Damia masih berasa malu dengan pakaiannya. Arief berusaha untuk mengambil hati isterinya dengan berjenaka agar Damia tidak lagi marah dengannya sambil menunggu makanan yang dipesan.

Ketika makanan tersebut dihantar, pelayan restoran memberikan sebuah kotak cincin kepada Damia semasa menghidangkan makanan yang telah dipesan. Damia yang sedikit keliru membuka kotak tersebut dan melihat cincin perkahwinannya di dalam. Dia akhirnya tertawa dan Arief ikut tertawa melihatnya. Arief tahu isterinya selalu meninggalkan cincin perkahwinan mereka di hotel ketika sedang bercuti agar ia tidak hilang. “I tau mama selalu letih menguruskan keluarga kita. Jadi di sini kita nikah sekali lagi, dan berbulan madu lagi. Anggap saja kita pasangan baru berkahwin yang belum mempunyai anak,” ucap Arief. Damia lantas memegang tangan suaminya dengan mata yang berkaca. Situasi tersebut membuat Damia sungguh terharu kerana suaminya yang selama ini dianggap selalu bersikap acuh tak acuh, ternyata masih boleh bertindak romantis dan memberi perhatian terhadapnya.

Lima hari percutian di Lombok merupakan saat yang indah buat mereka berdua. Ketika tibanya waktu untuk pulang, Damia memujuk Arief agar lebih kerap berjalan bersama-samanya lagi. Arief hanya mengangguk dan mengucup dahi isterinya. Di saat itu, mereka berdua menyedari bahawa perkahwinan tidak mungkin dapat bertahan jika berlandaskan cinta sahaja. Walaupun Arief sering tampil seperti tidak ambil peduli namun Damia sedar bahawa suaminya juga bekerja keras demi perkahwinan mereka. Seperti pengalaman melancong yang lain, setibanya sahaja mereka di rumah, perasaan rindu untuk pergi bercuti muncul. Tetapi tentunya anak-anak mereka ingin pergi bersama di kemudian hari.

Kisah Arief dan Damia ini sangat menyentuh hati, kan? Melancong bukan sahaja menyegarkan diri anda tetapi juga menyegarkan kembali hubungan anda dan pasangan!

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Posted on Leave a comment

TAMPIL CANTIK UNTUK KELUAR ‘DATING’ DENGAN 3 TIPS SOLEKAN

[et_pb_section bb_built=”1″][et_pb_row][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_image _builder_version=”3.0.86″ src=”http://www.sumberayu.com.my/wp-content/uploads/2017/12/make-up-1.jpg” show_in_lightbox=”off” url_new_window=”off” use_overlay=”off” align=”center” always_center_on_mobile=”on” force_fullwidth=”off” show_bottom_space=”on” /][et_pb_text _builder_version=”3.0.86″ background_layout=”light”]

Adakah anda sudah merancang aktiviti bercuti nanti? Melancong merupakan salah satu cara untuk membebaskan diri dari tekanan. Jika anda merancang untuk bercuti ke tempat yang panas dan akan banyak menghabiskan masa di luar, anda seharusnya mempunyai cara untuk memastikan solekan tidak akan luntur sepanjang perjalanan. Sumber Ayu ingin memberikan tips yang dapat membantu solekan tahan lebih lama walaupun berada di luar seharian. Cubalah tips ini sebelum anda bercuti untuk membuktikan kebolehannya. Apa tipsnya, ya?

1. Gunakan primer
Primer digunakan setelah anda menggunakan pelembap dan sebelum bedak asas. Dengan primer, solekan anda akan tahan lebih lama kerana primer berfungsi untuk menjadikan solekan tahan lebih lama dan wajah tampak lebih mulus.

2. Jauhi kosmetik berasaskan serbuk
Kosmetik berasaskan serbuk lebih mudah pudar di cuaca panas. Gunakan kosmetik dalam bentuk cecair atau padat (compact) agar solekan lebih tahan lama  dan wajah tetap kekal cantik. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan bedak kompak (compact powder) dan pemerah pipi cair sebagai alternatif kepada kosmetik serbuk.

3. Jangan gunakan terlalu banyak solekan
Secara asasnya, solekan lebih mudah luntur pada wajah yang terdedah kepada cuaca panas dan kerap berpeluh. Semakin banyak solekan yang anda kenakan, semakin banyak yang akan luntur di wajah. Untuk mengelakkannya, gunakan solekan secukupnya supaya ianya tetap tahan lama di penghujung hari. Selain itu, membawa alat solekan yang tidak terlalu banyak juga akan membantu meringankan bagasi anda ketika bercuti.

Jika anda telah bersiap untuk bercuti, pastikan anda telah mempraktikkan 3 tips solekan di atas. Adakah anda mempunyai tips lain untuk pastikan solekan tidak luntur apabila berada di luar seharian?

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]