[et_pb_section bb_built=”1″][et_pb_row][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text _builder_version=”3.0.86″ background_layout=”light”]
Apabila usia anda meningkat, tubuh badan anda juga melalui pelbagai perubahan. Ini termasuk bahagian intim anda – bahagian faraj atau Miss V. Dengan mengetahui apakah perubahan tersebut, ianya dapat membantu anda menjaga bahagian intim anda dengan lebih teliti.
Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana bahagian faraj anda berubah sepanjang hidup anda dan bagaimana untuk memastikan ianya kekal sihat.
Faraj di usia 20an: Helo Faraj/Miss V!
- Anda seharusnya berjumpa dengan pakar sakit puan untuk melakukan ujian rutin pelvis dan Pap Smear (sekurang-kurangnya sekali setahun) untuk memeriksa serviks dan faraj anda serta mengetahui kesihatan rahim anda.
- Bersihkan bahagian faraj anda dengan produk semulajadi, jauhkan dari menggunakan produk yang meletakkan terlalu banyak wangian di dalamnya. Sumber Ayu Pembersih Kewanitaan yang diformulasikan dengan ekstrak daun sirih semula jadi bertindak sebagai anti-bakteria untuk merawat dan melindungi bahagian intim wanita. Formula pH 3.5 sesuai untuk keadaan semula jadi bahagian intim wanita.
Faraj di usia 30an: Ini Faraj Anda Yang Baru (jika anda baru sahaja bersalin)
- Otot pelvis anda tidak sekuat ketika anda berusia 20an, terutamanya selepas melahirkan anak. Oleh kerana otot-otot ini menyokong pundi kencing, rahim dan usus anda; masalah seperti kebolehan untuk menahan kencing boleh terjadi. Jadi, senaman Kegel boleh membantu untuk mengelakkan kerosakan semasa proses kelahiran melalui faraj serta merendahkan peluang untuk mengalami masalah pundi kencing dan usus.
- Jika anda sedang mengandung atau menyusu badan di usia 30an, faraj anda akan berasa kering di mana anda akan berasa sakit apabila hendak bersetubuh. Anda boleh menggunakan pelincir untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan ketika aktiviti seksual anda.
Faraj di usia 40an: Faraj yang Matang
- Mengandung, kelahiran melalui faraj dan berat di bahagian perut akan mulai memberi kesan kepada kekuatan otot pelvis anda. Teruskan senaman Kegel atau cuba Pilates untuk mengekalkan kekuatan otot pelvis anda.
- Faraj anda mungkin masih lagi kering di mana anda boleh menggunakan pelincir atau bermesraan bersama suami sebelum bersetubuh. Oleh kerana otot dan sendi anda akan mula berasa sakit-sakit apabila berumur, anda boleh mencuba pelbagai posisi seks untuk keselesaan anda.
Faraj di usia 50an dan ke atas: Penjagaan Yang Rapi
- Anda mungkin telah mengalami simptom menopaus, ianya telah sampai masa untuk anda berjumpa dengan pakar sakit puan untuk memeriksa kesihatan faraj anda serta kesihatan anda secara menyeluruh.
- Ketika menopaus, ada di kalangan anda akan mendapat jangkitan saluran kencing yang kerap. Anda boleh mengubatinya dengan mendapatkan preskripsi anitbiotik daripada pakar sakit puan anda.
Memastikan bahagian intim anda bersih dan sihat adalah asas kepada kesihatan anda secara keseluruhan. Dengan penggunaan Pembersih Kewanitaan SUMBER AYU dengan ekstrak Daun Sirih, ianya dapat memelihara kawasan intim anda dengan melindungi dan menghalang bahagian intim wanita dari sebarang ketidakselesaan akibat kegatalan, mengurangkan bau yang tidak menyenangkan semasa dan sebelum haid.
[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]