[et_pb_section bb_built=”1″][et_pb_row][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_image _builder_version=”3.0.86″ src=”http://www.sumberayu.com.my/wp-content/uploads/2017/12/tarvel-1.jpg” show_in_lightbox=”off” url_new_window=”off” use_overlay=”off” always_center_on_mobile=”on” force_fullwidth=”off” show_bottom_space=”on” /][et_pb_text _builder_version=”3.0.86″ background_layout=”light”]

Kali ini Sumber Ayu ingin berkongsi kisah cinta yang akan memberi anda inspirasi untuk melancong bersama pasangan anda. Kisah kali ini adalah mengenai sepasang suami isteri yang telah berkahwin selama 18 tahun. Anda tentu inginkan perkahwinan selama itu juga, kan? Jom ikuti kisah cinta mereka ini.

Nama-nama pihak bersangkutan telah diganti sesuai permintaan.

Perkahwinan Damia, 41 dan Arief, 44 (bukan nama sebenar) telah genap 17 tahun pada bulan Julai 2015 (can we change the year to the updated years? Or else I feel like the story is quite outdated). Damia adalah seorang surirumah yang aktif di dalam pelbagai aktiviti sukarelawan dan Arief pula bekerja sebagai pengurus cawangan di sebuah kilang perusahaan. Mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata yang berusia 13 dan 8 tahun.

Setiap hari, Damia bangun untuk solat Subuh dan terus menyediakan sarapan untuk keluarganya. Rutin ini dilakukannya tanpa rungutan penat. Suatu hari, Arief mendapat inspirasi dari salah seorang rakan sekerjanya untuk membawa Damia bercuti. Pada waktu itu, Arief ditegur rakan sepejabatnya kerana jarang membawa isterinya bercuti. Dari situ Arief mendapat idea untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka dengan mengajak isterinya pergi bercuti. Arief terus sahaja merancang percutian mereka.

Damia sudah tentu teruja dengan pelawaan Arief. Damia terus mencari destinasi untuk bercuti. Ketika Arief melihat Damia sedang leka menyelidik tentang destinasi percutian, dia terus melarang Damia untuk merancang apa-apa pun. Dia hanya mahu Damia berehat sambil menunggu waktu untuk pergi bercuti. Pada saat itu, Damia berasa kecewa namun berharap suaminya tidak akan menyakiti hatinya. Arief hanya menyuruh Damia menyediakan pakaian untuk percutian selama 5 hari 4 malam dan menasihatinya untuk “jangan bawa pakaian yang tebal.” Damia juga meminta pertolongan daripada ibunya untuk membantu menjaga anak-anaknya selama mereka pergi bercuti.

Pada hari yang dinantikan barulah Damia mengetahui bahawa destinasi percutian mereka adalah Pulau Lombok. Damia bertanya mengapa harus merahsiakan destinasinya dan Arief hanya berseloroh. Setibanya mereka di sana, Arief telah menyediakan semuanya untuk si isteri tercinta. Dari menyewa kereta, agenda percutian sehinggalah penginapan di hotel 4 bintang. Mereka beristirehat sebentar di hotel sebelum ke restoran yang dipilih oleh Arief untuk menikmati makan malam.

Restoran yang dipilih Arief mempunyai suasana romantis dan kelihatan seperti amat mahal. Damia berasa agak kecewa dengan Arief kerana tidak mengingatkannya untuk membawa pakaian yang lebih cantik. Arief mengabaikan keluhan isterinya dan terus duduk di salah satu meja dengan tanda “Reserved”. Mereka memesan makanan sambil Damia masih berasa malu dengan pakaiannya. Arief berusaha untuk mengambil hati isterinya dengan berjenaka agar Damia tidak lagi marah dengannya sambil menunggu makanan yang dipesan.

Ketika makanan tersebut dihantar, pelayan restoran memberikan sebuah kotak cincin kepada Damia semasa menghidangkan makanan yang telah dipesan. Damia yang sedikit keliru membuka kotak tersebut dan melihat cincin perkahwinannya di dalam. Dia akhirnya tertawa dan Arief ikut tertawa melihatnya. Arief tahu isterinya selalu meninggalkan cincin perkahwinan mereka di hotel ketika sedang bercuti agar ia tidak hilang. “I tau mama selalu letih menguruskan keluarga kita. Jadi di sini kita nikah sekali lagi, dan berbulan madu lagi. Anggap saja kita pasangan baru berkahwin yang belum mempunyai anak,” ucap Arief. Damia lantas memegang tangan suaminya dengan mata yang berkaca. Situasi tersebut membuat Damia sungguh terharu kerana suaminya yang selama ini dianggap selalu bersikap acuh tak acuh, ternyata masih boleh bertindak romantis dan memberi perhatian terhadapnya.

Lima hari percutian di Lombok merupakan saat yang indah buat mereka berdua. Ketika tibanya waktu untuk pulang, Damia memujuk Arief agar lebih kerap berjalan bersama-samanya lagi. Arief hanya mengangguk dan mengucup dahi isterinya. Di saat itu, mereka berdua menyedari bahawa perkahwinan tidak mungkin dapat bertahan jika berlandaskan cinta sahaja. Walaupun Arief sering tampil seperti tidak ambil peduli namun Damia sedar bahawa suaminya juga bekerja keras demi perkahwinan mereka. Seperti pengalaman melancong yang lain, setibanya sahaja mereka di rumah, perasaan rindu untuk pergi bercuti muncul. Tetapi tentunya anak-anak mereka ingin pergi bersama di kemudian hari.

Kisah Arief dan Damia ini sangat menyentuh hati, kan? Melancong bukan sahaja menyegarkan diri anda tetapi juga menyegarkan kembali hubungan anda dan pasangan!

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *