Adakah anda sudah merancang aktiviti bercuti nanti? Melancong merupakan salah satu cara untuk membebaskan diri dari tekanan. Jika anda merancang untuk bercuti ke tempat yang panas dan akan banyak menghabiskan masa di luar, anda seharusnya mempunyai cara untuk memastikan solekan tidak akan luntur sepanjang perjalanan. Sumber Ayu ingin memberikan tips yang dapat membantu solekan tahan lebih lama walaupun berada di luar seharian. Cubalah tips ini sebelum anda bercuti untuk membuktikan kebolehannya. Apa tipsnya, ya?

1. Gunakan primer
Primer digunakan setelah anda menggunakan pelembap dan sebelum bedak asas. Dengan primer, solekan anda akan tahan lebih lama kerana primer berfungsi untuk menjadikan solekan tahan lebih lama dan wajah tampak lebih mulus.

2. Jauhi kosmetik berasaskan serbuk
Kosmetik berasaskan serbuk lebih mudah pudar di cuaca panas. Gunakan kosmetik dalam bentuk cecair atau padat (compact) agar solekan lebih tahan lama  dan wajah tetap kekal cantik. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan bedak kompak (compact powder) dan pemerah pipi cair sebagai alternatif kepada kosmetik serbuk.

3. Jangan gunakan terlalu banyak solekan
Secara asasnya, solekan lebih mudah luntur pada wajah yang terdedah kepada cuaca panas dan kerap berpeluh. Semakin banyak solekan yang anda kenakan, semakin banyak yang akan luntur di wajah. Untuk mengelakkannya, gunakan solekan secukupnya supaya ianya tetap tahan lama di penghujung hari. Selain itu, membawa alat solekan yang tidak terlalu banyak juga akan membantu meringankan bagasi anda ketika bercuti.

Jika anda telah bersiap untuk bercuti, pastikan anda telah mempraktikkan 3 tips solekan di atas. Adakah anda mempunyai tips lain untuk pastikan solekan tidak luntur apabila berada di luar seharian?