Setelah bekerja seharian, seringkali anda terlalu penat apabila pulang ke rumah dan tidak sempat meluangkan masa dengan keluarga tercinta. Suami anda juga mungkin tampak bosan dengan aktiviti hariannya. Idea-idea ini akan memberikan anda inspirasi untuk mengadakan aktiviti hari minggu yang menarik dan kenangan yang indah bagi keluarga anda:

1. Aktiviti barbeku atau masak bersama-sama
Aktiviti ini pasti sangat dinantikan oleh suami anda. Kalau anda tidak mempunyai peralatan untuk barbeku, anda boleh juga mengadakan aktiviti memasak dengan dapur mudah alih di luar rumah. Untuk memeriahkan lagi suasana, ajaklah ahli keluarga yang lain atau jiran tetangga.

2. Melawat muzium, zoo atau taman tema
Sudah lama tidak melawat tempat baru bersama keluarga? Kalau anda biasanya berkunjung ke pusat membeli-belah atau restoran pada hujung minggu, mungkin ini masanya untuk anda mengajak keluarga untuk ke tempat-tempat unik di kawasan anda. Pengalaman ini pasti akan menjadi kenangan indah bagi keluarga anda.

3. Rancangkan aktiviti yang seronok yang boleh dilakukan di dalam rumah
Tentunya keluarga anda akan rasa terhibur walaupun tidak ke luar jika aktiviti di rumah pun menyeronokkan. Keluarga anda dapat menonton filem, membakar kek kegemaran atau bermain permainan kecil-kecilan bersama-sama. Pastikan anda telah merancangkan aktiviti dengan baik agar tidak ada ahli keluarga yang bosan pada hari itu.

4. Bersantai dengan berbasikal
Berbasikal merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan untuk memupuk keluarga yang harmoni. Anda boleh mengajak keluarga anda berbasikal mengelilingi kawasan perumahan sambil menikmati udara segar di waktu pagi.

5. Berkunjung ke rumah ibu bapa atau saudara anda
Aktiviti ini sesuai jika anda dan ibu bapa atau saudara anda tinggal berjauhan. Selain menjadi pengalaman baru bagi si suami; ibu bapa atau saudara anda juga pasti akan sangat gembira dengan kunjungan keluarga anda.

Jadi, aktiviti mana yang akan anda lakukan pada hujung minggu ini? Cuba kongsikan pengalaman hujung minggu anda bersama keluarga!